g

Friday, September 30, 2005

Apa ertinya menjadi miskin ?

Dear reader, I juz received this Email from frenz stories in malay word:

Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak
lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya
itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di
sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.

Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "Macam mana
percutian kita kali ni?"

Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"

"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang

tidak berharta?"

"Ya,"

Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,

"Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat. Kita ada kolam yang
terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak
berpenghujung. Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka
ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita
sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke
kali langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai
padang yang sangat luas saujana mata memandang. Kita ada pembantu untuk
membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta. Kita
membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita
ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai
sahabat handai yang melindungi mereka,"

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut kemudiannya
berkata, "Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa
miskinnya kita,"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home