g

Tuesday, October 25, 2005

Kisah Ayah dan 3 Orang Anak...

Dear readers, I juz received this Email from
frenz stories in malay word..

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun
kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang
anak lelaki.Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama
Harben dan ketiga bernama Amsal.

Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan
Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga
dengan Anis. Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke
penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu
Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak
ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya
kerana jarang diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah
kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi
mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa
pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa
yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau
seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang
dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar
rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu
jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye
ayah?"Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak
yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya
sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau
seberang..Tuanku Raja telah memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa
yang dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar
dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak
tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye
ayah?"Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak
yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau
begitu"jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal, tolong hantar ayah ke pulau
seberang.. "Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal
menjawab,"Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan. Menyesallah dihatinya kerana
tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja
untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar
rumah, Anis pun menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut
ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut
melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si
Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Sekian seadanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI.

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

1) Harben ialah HARTA-BENDA,
2) Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
3) Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di
mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang
dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis
tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita
di dunia ini jangan lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima ..

Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.

"Hiduplah secara mulia, berjihadlah kamu kepada Allah dan matilah secara
terhormat"
( Sayidatina Asma bt Abu Bakar R.A )

"Beruntunglah siapa yang membersihkan hatinya
dan rugilah siapa yang mengotorinya "
(Surah As Syam Ayat : 9 )

BERIMAN BERILMU BERAMAL BERTAQWA

0 Comments:

Post a Comment

<< Home